Wednesday 28 December 2011

Sekitar Majlis Pentauliahan AKRAB 2011








Tarikh : 15 Disember 2011 (Khamis)
Masa : 1.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya

Tuesday 13 December 2011

Pentauliahan AKRAB UTeM



Kumpulan pertama 21 ahli AKRAB UTeM yang terdiri daripada staf-staf dari pelbagai jabatan telah ditauliahkan dengan secara rasminya pada 15 Disember 2011. AKRAB atau Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005.

AKRAB diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantara untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Di samping itu, ia juga sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

AKRAB terdiri daripada pegawai yang telah dilatih dan memenuhi syarat kursus bagi Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) sebanyak tiga peringkat iaitu asas, pertengahan dan lanjutan yang dianjurkan oleh agensi masing-masing. Manakala inputnya disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi (BPPs) AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari merupakan ciri-ciri penting perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...